Sunday 11 November 2012

Semperna menyambut hari raya Qurban baru-baru ini badan amal NGO Warga Kilang dan As-Syabab mengorbankan 4 ekor lembu pada hari ke 3 raya qurban baru-baru ini di Kampung Kechewa Bukit Bertam Batu Kurau,penyembelihan dilakukan oleh Ust Akmal.Badan NGO Warga Kilang dan As-Syabab juga menziarahi fakir-fakir miskin serta memberi bantuan barang-barang dapur dan agihan daging qurban di sekitar kampung tersebut.

Kampung Kechewa











Seluruh ahli jawatankuasa As-Syabab dan penduduk-penduduk Kg Kechewa Bukit Bertam Batu Kurau merakamkan jutaan terima kasih kepada badan NGO Warga Kilang diatas pengagihan daging qurban dan sumbangan yang telah diberikan kepada penduduk kampung,
kepada semua penderma-penderma juga diucapkan jutaan terima kasih,mudah-mudahan dengan permulaan daripada tuan puan akan membuka hati lebih ramai insan yang berhati mulia untuk memberi sumbangan demi membantu mereka yang memerlukan,semoga ALLAH S.W.T sahaja dapat membalasnya.amin

No comments:

Post a Comment