Saturday 8 February 2014

salam,
salam bertemu di assyabab setelah lama tak bersama.....

Sunday 11 November 2012

Semperna menyambut hari raya Qurban baru-baru ini badan amal NGO Warga Kilang dan As-Syabab mengorbankan 4 ekor lembu pada hari ke 3 raya qurban baru-baru ini di Kampung Kechewa Bukit Bertam Batu Kurau,penyembelihan dilakukan oleh Ust Akmal.Badan NGO Warga Kilang dan As-Syabab juga menziarahi fakir-fakir miskin serta memberi bantuan barang-barang dapur dan agihan daging qurban di sekitar kampung tersebut.

Kampung Kechewa











Seluruh ahli jawatankuasa As-Syabab dan penduduk-penduduk Kg Kechewa Bukit Bertam Batu Kurau merakamkan jutaan terima kasih kepada badan NGO Warga Kilang diatas pengagihan daging qurban dan sumbangan yang telah diberikan kepada penduduk kampung,
kepada semua penderma-penderma juga diucapkan jutaan terima kasih,mudah-mudahan dengan permulaan daripada tuan puan akan membuka hati lebih ramai insan yang berhati mulia untuk memberi sumbangan demi membantu mereka yang memerlukan,semoga ALLAH S.W.T sahaja dapat membalasnya.amin

Saturday 10 November 2012

SIMPANG 3 KAMPUNG GUDANG BATU KURAU PERAK.
.......................................................
Seramai 110 penerima bantuan barang -barang keperluan dapur dan agihan 
daging qurban
sumbang telah disampaikan oleh Ust Akmal dan Datuk Fauzi.





Kampung Sempeneh Batu Kurau Perak,
Ust Akmal dan rombongan As-Syabab memberi bantuan rak baju dan tikar getah kepada seorang penduduk yang baru mendapat bantuan rumah setelah rumah lama beliau hangus terbakar dan beliau tinggal sehelai sepinggang,dalam kesempitan hidup dan musibah yang melanda beliau tidak mampu menbeli  apa-apa peralatan rumah beliau.



Sekitar Ziarah dan memberi bantuan di kampung Banggol Jas Selama Perak.
PENGORBANAN MEREKA MENDAPAT PERHATIAN ROMBONGAN KHAIRAT AS-SYABAB SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBALAS SEGALA PENGORBANAN INI.

Fauziah Abdul Aziz ibu tunggal membesarkan 3 orang anak,bekerja di kantin sekolah rendah Banggol Jas dan mendapat bantuan kebajikan masyarakatRm 300 sebulan,beliau yang kini menumpang di rumah ibu saudara arwah suami.

Md Yazid bin Ahmad 53 tahun,seorang penoreh getah,beliau yang lumpuh sebelah tangan tinggal di rumah bantuan baitulmal bersama isterinya Rohani Abdul Rahman dan 4 orang anak.

Abdul Hamid bin Tahir,57 tahun,mengorbankan masa mudanya tidak berkahwin menjaga ibunya yang uzur sehingga ibunya meninggal dunia,beliau seorang penoreh getah dan guru agama secara sukarela untuk mengajar al-quran.


Sebak didada ust Shahir melihat 6 orang anak-anak berdikari sendiri dirumah sementara menanti ibu bapa mereka pulang mencari rezeki.

Rombongan Khairat As-syabab melawat serta memberi sedikit bantuan kepada OKU Buta di kampung Sungai Berdarah Tengah Selama Perak.




Rahimah bt wahid ,53 tahun seorang OKU Buta tinggal berseorangan dirumah peninggalan ibunya,beliau hanya menampung kehidupan dengan bantuan kebajikan masyarakat Rm 200 sebulan,beliau juga bersyukur ada jiran yang setia menemani beliau setiap petang dan amat bertuah mempunyai adik lelaki yang menemaninya di malam hari,adiknya yang masih bujang tinggal bersendirian berhampiran rumah Rahimah,adiknya bekerja kampung.
SETIAP LANGKAH YANG BERJALAN ,SETIAP KEIKLASAN HATI UNTUK MEMBANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN PASTI AKAN MENDAPAT GANJARAN DARIPADA
 ALLAH S.W.T

Rombongan As-Syabab terharu dengan ketabahan hati dan kesungguhan saudara Din bin Yeop 57 tahun dan isterinya Saadiah bt Musa 54 tahun daripada Kg Tapah Selama Perak menghadapi ujian daripada Allah S.W.T membesarkan anak-anak 4 orang,seorang daripada mereka OKU sejak kecil Mohd Fazrul bin Din 15 tahun,saudara Din hanya bekerja menoreh getah.

Pn Noor daripada kampung Tapah Selama Perak hanya mampu menumpang di rumah orang bersama 3 orang anak,suami beliau hanya bekerja kampung.

Sedikit bantuan telah diberikan kepada mereka oleh As-Syabab mudah -mudah dapat membantu mereka menjelang Aidiladha.