Sunday 11 November 2012

Semperna menyambut hari raya Qurban baru-baru ini badan amal NGO Warga Kilang dan As-Syabab mengorbankan 4 ekor lembu pada hari ke 3 raya qurban baru-baru ini di Kampung Kechewa Bukit Bertam Batu Kurau,penyembelihan dilakukan oleh Ust Akmal.Badan NGO Warga Kilang dan As-Syabab juga menziarahi fakir-fakir miskin serta memberi bantuan barang-barang dapur dan agihan daging qurban di sekitar kampung tersebut.

Kampung Kechewa











Seluruh ahli jawatankuasa As-Syabab dan penduduk-penduduk Kg Kechewa Bukit Bertam Batu Kurau merakamkan jutaan terima kasih kepada badan NGO Warga Kilang diatas pengagihan daging qurban dan sumbangan yang telah diberikan kepada penduduk kampung,
kepada semua penderma-penderma juga diucapkan jutaan terima kasih,mudah-mudahan dengan permulaan daripada tuan puan akan membuka hati lebih ramai insan yang berhati mulia untuk memberi sumbangan demi membantu mereka yang memerlukan,semoga ALLAH S.W.T sahaja dapat membalasnya.amin

Saturday 10 November 2012

SIMPANG 3 KAMPUNG GUDANG BATU KURAU PERAK.
.......................................................
Seramai 110 penerima bantuan barang -barang keperluan dapur dan agihan 
daging qurban
sumbang telah disampaikan oleh Ust Akmal dan Datuk Fauzi.





Kampung Sempeneh Batu Kurau Perak,
Ust Akmal dan rombongan As-Syabab memberi bantuan rak baju dan tikar getah kepada seorang penduduk yang baru mendapat bantuan rumah setelah rumah lama beliau hangus terbakar dan beliau tinggal sehelai sepinggang,dalam kesempitan hidup dan musibah yang melanda beliau tidak mampu menbeli  apa-apa peralatan rumah beliau.



Sekitar Ziarah dan memberi bantuan di kampung Banggol Jas Selama Perak.
PENGORBANAN MEREKA MENDAPAT PERHATIAN ROMBONGAN KHAIRAT AS-SYABAB SEMOGA ALLAH S.W.T MEMBALAS SEGALA PENGORBANAN INI.

Fauziah Abdul Aziz ibu tunggal membesarkan 3 orang anak,bekerja di kantin sekolah rendah Banggol Jas dan mendapat bantuan kebajikan masyarakatRm 300 sebulan,beliau yang kini menumpang di rumah ibu saudara arwah suami.

Md Yazid bin Ahmad 53 tahun,seorang penoreh getah,beliau yang lumpuh sebelah tangan tinggal di rumah bantuan baitulmal bersama isterinya Rohani Abdul Rahman dan 4 orang anak.

Abdul Hamid bin Tahir,57 tahun,mengorbankan masa mudanya tidak berkahwin menjaga ibunya yang uzur sehingga ibunya meninggal dunia,beliau seorang penoreh getah dan guru agama secara sukarela untuk mengajar al-quran.


Sebak didada ust Shahir melihat 6 orang anak-anak berdikari sendiri dirumah sementara menanti ibu bapa mereka pulang mencari rezeki.

Rombongan Khairat As-syabab melawat serta memberi sedikit bantuan kepada OKU Buta di kampung Sungai Berdarah Tengah Selama Perak.




Rahimah bt wahid ,53 tahun seorang OKU Buta tinggal berseorangan dirumah peninggalan ibunya,beliau hanya menampung kehidupan dengan bantuan kebajikan masyarakat Rm 200 sebulan,beliau juga bersyukur ada jiran yang setia menemani beliau setiap petang dan amat bertuah mempunyai adik lelaki yang menemaninya di malam hari,adiknya yang masih bujang tinggal bersendirian berhampiran rumah Rahimah,adiknya bekerja kampung.
SETIAP LANGKAH YANG BERJALAN ,SETIAP KEIKLASAN HATI UNTUK MEMBANTU MEREKA YANG MEMERLUKAN PASTI AKAN MENDAPAT GANJARAN DARIPADA
 ALLAH S.W.T

Rombongan As-Syabab terharu dengan ketabahan hati dan kesungguhan saudara Din bin Yeop 57 tahun dan isterinya Saadiah bt Musa 54 tahun daripada Kg Tapah Selama Perak menghadapi ujian daripada Allah S.W.T membesarkan anak-anak 4 orang,seorang daripada mereka OKU sejak kecil Mohd Fazrul bin Din 15 tahun,saudara Din hanya bekerja menoreh getah.

Pn Noor daripada kampung Tapah Selama Perak hanya mampu menumpang di rumah orang bersama 3 orang anak,suami beliau hanya bekerja kampung.

Sedikit bantuan telah diberikan kepada mereka oleh As-Syabab mudah -mudah dapat membantu mereka menjelang Aidiladha. 

Khairat As-Syabab terus mencari,meredah,menusuk masuk ke penjuru-penjuru kampung untuk membentu mereka yang memerlukan

Ketika lambaian Kaabah kepada umat islam yang bakal menunaikan haji dan Aidiladha bakal menjelang baru-baru ini Khairat As-Syabab melawat serta memberi sedikit bantuan kepada fakir miskin di kampung Sungai Berdarah Tengah Selama Perak.

Ustaz Shahir memberi bantuan barang-barang keperluan dapur


Kegembiraan seorang pakcik tergambar apabila beliau menerima bantuan barang dapur,dapatlah beliau menikmatinya bersama cucunya yang tinggal bersama.


Shahrudin bin Md Isa 77 tahun,isterinya Rahmah bt Jaya 66 tahun bersama 7 orang anaknya turut menerima bantuan,Shahrudin yang hanya mampu menumpang di rumah orang wlaupun mempunyai tanah tapak rumah tetapi dalam kedaifan hidup beliau tidak mampu untuk membina rumah sendiri.

Khairat As-Syabab melawat serta memberi sedikit bantuan kepada fakir miskin di Kampung Anak Rambutan Selama Perak,sebelum menyambut kedatangan Aidil Adha baru-baru ini bagi meringankan sedikit bebanan kesusahan yang telah mereka tanggung selama ini.                                                                                                                                                                                    

Saudara Mohd Ali bekerja kampung untuk menyara hidup

Pn Aminah,mengambil upah bekerja kampung

Wahab bin Mad Saman,76 tahun,isterinya Siti Fatimah Said,bersama 6 orang anak tinggal di rumah ini sejak 56 tahun dahulu,beliau yang kini hanya mengharap belas ehsan anak-anak untuk menyara hidup


Naripah bt Kulup,46 tahun,mengambil upah menjahit dan suaminya Bahrin bin Yusof sebagai tukang rumah,tinggal bersama seorang anak di rumah ini.

Mereka ini tinggal untuk berteduh ditanah-tanah rezab sedah berpuluhan tahun

Saturday 13 October 2012



 Assalamualaikum dermawan yang dikasihi,

SUMBANG TERUS KE AKAUN IBU ADIK NURUL JANNAHDI ATAS PENDERITAANNNYA
 
Seorang adik kita iaitu ADIK NURUL JANNAH, yang baru berusia 6 Tahun & berasal dari Kampar dikesan mengidap KANSER SARAF TAHAP 4. Untuk itu, UKK Nisa Perak melancarkan kutipan derma bagi membantu meringankan perbelanjaan kos perub
atan adik ini.
 
Bagi yang ingin menyumbang, anda bolehlah menyerahkan wang tersebut melalui Akaun Maybank pada no akaun seperti yang tertera. Dengan harapan anda dapat meyebarkan maklumat ini kepada kawan-kawana anda. Keperihatinan anda amat kami hargai. Terima Kasih
.......................................

Coretan dari ayah adik Nurul Jannah
 
"awal bln 9 baru ni anak ana demam.....
setiap mlm dia menangis, ambil ubat pun x jd apa....bawa pi hospital baru dpt kesan dia kena penyakit neuroblastoma atau kanser saraf tahap 4...."
Cerita ust Anuar Murad,Ketua Pemuda Pas Kampar pd saya ttg penderitaan anak beliau...

"Skg ni dia terlalu lemah, x dpt berjalan...

Dah sebulan ana ulang alik bawa dia ke hospital KL, hospital Alor Star dan hospital Ipoh...."
Katanya lg ttg adik Nurul Jannah (6thn) anak ke 3 dr 4 adik beradik..

Kesian......
Sama2 lah kita bantu mengurangkn bebanan beliau....
sama2 lah kita doa agar adik Nurul Jannah segera sembuh...

Kpd yg ingin menyumbang boleh bank in ke akaun maybank 558211313335 atas nama Khairat Assyabab dan maklum sumbangan anda pd ust Firdaus 0196004963.....
atau boleh terus ke rumah ust Anuar 0194293287 di Maahad Tahfiz Wal Qiraat Addin Tualang Sekah, Malim Nawar, Kampar....

Jazakumullah.....

Sunday 30 September 2012

Penderitaan seorang kanak-kanak OKU Nornazatul Ain dan ketabahan Ayahnya En Alias bin Zainal 46 tahun bekerja mengambil upah menoreh getah pokok orang,serta ketekunan ibunya Salasiah Sani 41 tahun seorang suri rumah menjaga serta membesarkan adik Nornazatul Ain walau seribu rintangan,seribu ujian dan dugaan daripada Allah S.W.T,mendapat perhatian daripada khairat As-Syabab,pada 30hb sep 2012 rombongan khairat As-Syabab melawat keluarga En Alias sambil memberi sumbangan kerusi roda,barang keperluan dapur serta sedikit wang saku untuk perbelanjaan harian.
Adik Norzatul Ain berumur 13 tahun,telah menghidap demam panas ketika berumur setahun setengah,akibat daripada itu keadaan berubah daripada seorang kanak-kanak normal kepada keadaan sekarang,
En Alias juga memdapat bantuan wang daripada kebajikan masyarakat sebanyak Rm 300 sebulan,dengan wang itu dan upah menoreh getah beliau menyara kehidupan keluarga beliau termasuk 2 lagi anaknya Norsahida 10 tahun dan mohd sharil 4 tahun.










Kg Sungai Jambu Selama Perak,
Khairat As-syabab dengan penduduk-penduduk Taman Nesa Sungai Terap,Kg Sg Terap,
Bt 30 Jalan Taiping bersama-sama berganding bahu bergotong royong membantu menbina rumah En Karim bin Abdul Kadir,42 tahun yang masih bujang dan bercadang untuk mendirikan rumahtangga pada bulan disember 2012 ini,beliau yang menjaga bapanya Abdul Kadir bin Hj Abbas  70 tahun,yang hanya mengesot akibat daripada penyakit kencing manis yang dihadapinya,ibunya Sabariah bt Hj Salleh 75 Tahun juga tinggal bersama beliau,
Kisah en Karim yang terpaksa keluar daripada rumah sekarang kerana tuan tanah telah mengarahkan beliau berpindah dan tapak itu hendak dijadikan homestay,rumah lama en karim yang telah didiami keluarganya semenjak  50 tahun lalu didirikan diatas tanah orang lain tanpa membuat apa-apa perjanjian diantara kedua-dua pihak.
Beliau juga pernah memohon bantuan rumah daripada pihak kerajaan,pegawai terlibat memberitahu ia memerlukan masa yang panjang untuk kelulusan permohonan,beliau amat memerlukan rumah atas kadar yang segera memendangkan keuzuran bapanya,dan menjaga ibunya juga.
Sumbangan amat diperlukan untuk menyiapkan bahagian lantai,plaster dan pintu rumah beliau ,kepada penderma-penderma yang budiman bolehlah menderma terus melalui khairat as-syabab,
Untuk makluman tanah sekarang didirikan atas tanah TOL.

 Ust.Shahrul Amin memberikan sedikit sumbang makanan dan wang pembinanan rumah kepada En Karim


Kerja -kerja gotong royong oleh penduduk setempat.

Rumah lama En Karim

Ust.Akmal sedang melawat rumah En Karim yang didalam pembinaan 

Ust.Akmal melawat bapa En Karim