Thursday 30 August 2012


Kampung Teluk Mas Sg Siputeh.
Seorang Datuk Dahari bin Che Long 85 tahun (sakit tua),tekad bersama 5 orang cucu,2 daripadanya OKU Mohd  Shafie bin Mohd Shukri 18 tahun,Noraini binti Mohd Shukri 17 tahun (OKU),Norfishah bin mohd Shukri 20 tahun menuntut di IPTA bahagian farmasi dan 2 lagi yang masih sekolah,ibu kepada lima anak ini juga tinggal bersama Dahari,Siti Maris Safari 43 Tahun,beliau yang mengalami masaalah emosi berpunca daripada penceraian 15 tahun lalu,kehidupan keluarga ini hanya bergantung daripada belas ehsan keluarga.


ust akmal dan ust shahir bersama keluarga dahari che long

Jemaaah As-Syabab memberi sedikit bantuan kepada keluarga ini,
Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah disalurkan kepada Akuan Norfishah  
Bank Islam 12065020275187.





Dalam Umat Islam masih hangat merasai suasana hari raya,keluarga Pn Fatimah binti Awang Mat 65 tahun,redho dengan musibah yang melanda beliau dan abangnya  yang tinggal bersama Abdullah bin Awang  Mat 70 tahun ( Mengalami masaalah pendengaran ).Rumah yang beliau berteduh selama ini sama sekali hangus terbakar kejadian berlaku pada 23/8/12 jam 4.30 petang di kampung Teluk Mas Ulu Selama,kedua-dua mangsa tinggal sehelai sepinggang kecuali kad pengenalan diri sahaja.Ust Akmal dan Ust Shahir serta jemaah As-Syabab melawat mangsa dan memberi sedikit bantuan kewangan dan barangan dapur untuk meringankan sedikit masalah beliau.

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan apa sahaja jenis bantuan bolehlah terus berjumpa Pn Fatimah atau disalurkan melalui Khairat As-Syabab.









Semperna menyambut syawal badan amal khairat As-Syabab menumbangkan seekor kerbau untuk diagih-agihkan kepada fakir miskin di kampung Ulu Krong Rantau Panjang Selama Perak,dimana terdapat ramai fakir miskin di kampung ini.
Berkat semangat gotong royong semua jemaah agihan daging kerbau berjaya diagihkan kepada 250 orang fakir miskin dengan kadar 1 kilo untuk seorang,
Alhamdulillah dapatlah sama-sama penerima-penerima daging menikmati sedikit kenikmatan daripadanya.
Semoga Allah dapat membantu Khairat As-Syabab membela nasib-nasib fakir-fakir miskin.AMIN.






Sunday 26 August 2012

Puan Maznah Nasir

Maznah Nasir 46thn dr kg teluk mas, selama perak walaupun hidup miskin bersama suami yg hanya bekerja kampung,
Tp tetap tabah dan bersyukur, berhari raya sekadar apa yang ada.

Dgn kekangan kewangan,kesempitan hidup
Dan kerap kali dikunjungi air mata yg tak jemu2 menemani ibu ini......
Ibu ini mampu memelihara 6org anak termasuk seorg oku...

"Bantu lah mereka sayangi lah mereka"

Thursday 16 August 2012

Pada 15hb ogs 2012 
Sumbangan Aidilfitri di kawasan Bukit Bertam Ulu Selama,Selama Perak,
Seramai 100 fakir miskin dan 17 anak yatim menerima sumbangan pada majlis ini.

barang-barang sumbangan

ibu-ibu serta anak-anak yatim yang akan mnerima sumbangan

Dr. sedang memberi bantuan kepada fakir miskin

Ustaz Akmal memberi sumbangan kepada fakir miskin

Ustaz Akmal bertanya khabar serta memberi sumbangan kepada 
saudara kita yang kelainan upaya

Ustaz Akmal memberi sedikit tazkirah


Ustaz Akmal memberi sumbangan kepada anak-anak yatim

Jutaan terima kasih kepada semua penderma-penderma,petugas-petugas yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan program ini,semoga segala amal kebajikan yang iklas kita lakukan kerana 
Allah S.W.T,Insyaallah ganjarannya akan kita perolehi kelak di hari akhirat.amin




Sekitar perjalanan Pertubuhan NGO Jabil Care dari negeri Pulau Pinang memberi sumbangan kepada fakir miskin sekitar Selama Perak.
                                                                                                                  
Rombongan bersama Ustaz Shahir dan Ustaz Akmal

Sumbangan kepada seorang makcik yang kabur penglihatan,dijaga oleh seorang anak yang tidak bekerja dan menumpang di rumah saudara.

Sumbangan dan ziarah keluarga Bidi bin Dama

Sumbangan kepada saudara Hamzah bin Husin Kg Anak Rambutan Selama Perak

Pilu dan terharu rombongan melihat telaga minum saudara Hamzah bin Husin

Sumbangan kepada mangsa ribut di kampung Anak Rambutan Selama Perak

Rombongan di pondok Nur Assalam Bukit Salim Rantau Panjang Selama Perak,sesi sual kenal dan tazkirah oleh Ustaz Shahir Mudir Pondok.

Pemberian Sumbangan kepada Pondok Nur Assalam yang diterima oleh ustaz Mahizan sambil disaksikan oleh Ustaz Shahir

Pemberian zakat fidiah untuk diagih-agihkan kepada fakir miskin di kawasan Selama diterima oleh Ustaz Akmal sambil disaksikan oleh Ustaz Shahir

Sumbangan wang untuk diagihkan kepada fakir miskin dan anak yatim kawasan Selama diserahkan kepada Ustaz Sharul Amin sambil disaksikan oleh Ustaz Shahir

Gambar kenang-kenangan Jabil Care bersama jemaah Nur Assalam dan As-Syabab.

Untuk makluman selepas daripada rombongan ini Jabil Care sekali lagi telah menghantar barang-barang keperluan kepada Assyabab untuk diagih-agihkan kepada penduduk-penduduk miskin serta anak-anak yatim di seluruh Daerah Larut,Kami seluruh penduduk daerah Larut mengucapkan jutaan terima kasih semoga Allah S.W.T sahaja dapat membalasnya.Amin






Sehubungan dengan coretan kisah saudara Hamzah bin Husin ( 58 tahun ) yang mandi menggunakan telaga sejauh lebih 100m dan dapur kayu untuk memasak,
Ringan sama di jinjing berat sama dipikul rombongan As-Syabab memberi bantu yang tidak seberapa dengan menghantar dapur gas dan menghantar kontraktor untuk membuat boring air tetapi malangnya setelah beberapa kali air boring gagal kerana air tidak naik,insyaallah As-Syabab akan berusaha mengali telaga untuk kegunaan beliau,Bersama-samalah kita berdoa agar As-Syabab dapat membantu beliau.

Sumbangan anda amat bermakna untuk mereka:-
A/C Maybank : 558211313335, KHAIRAT AS-SYABAB
Hubungi :- Ust Akmal - 019 5452471,Ust Shahir - 013 4631815



Tuesday 14 August 2012

Sg Kuning bantuan kerusi roda




Ust Mohd Akmal serta rombang daripada khairat as-syabab telah melawat serta memberi sumbangan kerusi roda kepada seorang yatim yang kematian bapanya,kanak-kanak ini telah mengalami demam panas akibat daripada itu kakinya mengalami kecekangan dan ia tidak dapat berjalan,sekarang beliau berada di darjah 3 ibunya terpaksa mengendung beliau untuk kesekolah,mudah-mudahan dengan sedikit sumbang ini dapat meringankan beban keluarga ini.

Terima Kasih Jabal Care

Assalamualaikum

Pihak Khairat Assyabab mengucapkan sekalung penghargaan terima kasih kepada Pertubuhan NGO Jabal Care dari Negeri Pulau Pinang, kerana sanggup datang ke bumi Larut untuk memeberi sumbangan kepada fakir miskin di kawasan Selama Perak.

Segala bantuan dan sumbangan dari pihak Jabal Care, kami dari warga Khairat Assyabab mengucap jutaan terima kasih.

Semoga segala bantuan dari pihak Jabal Care akan diteruskan lagi untuk membantu mereka yang memerlukan bantuan dan sumbangan.

Sekian Terima kasih.

Wassalam

Monday 13 August 2012

Puan Zamzuriana

Ustaz,,, ni lah tempat mandi saya dan anak-anak, kalau nak buang air besar kami kena pergi ke parit yg jauh dibelakang rumah....arwah suami saya selalu pesan...bersyukur lah dgn apa yg ada....." kata Zamzuriana pd saya dgn nada yg agak sedih.

Sebaknya........ tengok penderitaan yg dialami oleh Zamzuriana bt Ismail (34 thn) yg hidup tanpa suami krn dijemput lebih awal oleh Allah ke alam barzakh.


Ibu malang ini tidak dapat apa-apa bantuan tetap dari mana-mana pihak walaupun beliau terpaksa menyara 3 anak beliau yg masih kecil.

Mereka tinggal 4 beranak di kg Pantai Besar, Bt Kurau Perak di rumah yg lebih kecil dr dapur rumah kebanyakan rakyat malaysia

"Saya sedang nak belajar motong getah utk sara anak2,"  luahnya lagi sebelum saya bergerak meninggalkan mereka.

Harap yang baru dapat duit bonus tuh boleh lah bg sumbangan skit :-)

Kepada rakan-rakan yang perihatin,
anda boleh menymbang bg meringankn bebanan mereka ke akaun maybank 558211313335 atas nama Khairat Assyabab serta maklumkan sumbangan anda pd ust sharul 0195256727 ...

  Kepada sesiapa yang nak talong bina tandas dan bilik air pun sangat dialukan.....terutama bagi mereka yang dapat duit syubhah@duit faedah@duit haram.
 
p/s: Hasil dari lawatan Ustaz Akmal Kamaruddin di Kawasan Pantai Besar, Batu Kurau Taiping 

Sumbangan duit raya anak yatim

Krew Khairat Assyabab menyantuni anak-anak yatim di Selama Perak, lebih 300 orang anak yatim di kawasan Selama Perak di raikan dengan penyerahan duit raya, majlis yang penuh gemilang itu di sertai oleh pengerusi Khairat Assyabab Ustaz Shahir, Ustaz Akmal, Ustaz Firdaus, Dr Dahri, Ustaz Shahrul.


















Pgram dimulai dengan ucapan dari Khairat Assyabab dan doa dibaca oleh Ustaz Akmal dan seterusnya penyerahan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim .