Sunday 30 September 2012

Penderitaan seorang kanak-kanak OKU Nornazatul Ain dan ketabahan Ayahnya En Alias bin Zainal 46 tahun bekerja mengambil upah menoreh getah pokok orang,serta ketekunan ibunya Salasiah Sani 41 tahun seorang suri rumah menjaga serta membesarkan adik Nornazatul Ain walau seribu rintangan,seribu ujian dan dugaan daripada Allah S.W.T,mendapat perhatian daripada khairat As-Syabab,pada 30hb sep 2012 rombongan khairat As-Syabab melawat keluarga En Alias sambil memberi sumbangan kerusi roda,barang keperluan dapur serta sedikit wang saku untuk perbelanjaan harian.
Adik Norzatul Ain berumur 13 tahun,telah menghidap demam panas ketika berumur setahun setengah,akibat daripada itu keadaan berubah daripada seorang kanak-kanak normal kepada keadaan sekarang,
En Alias juga memdapat bantuan wang daripada kebajikan masyarakat sebanyak Rm 300 sebulan,dengan wang itu dan upah menoreh getah beliau menyara kehidupan keluarga beliau termasuk 2 lagi anaknya Norsahida 10 tahun dan mohd sharil 4 tahun.










Kg Sungai Jambu Selama Perak,
Khairat As-syabab dengan penduduk-penduduk Taman Nesa Sungai Terap,Kg Sg Terap,
Bt 30 Jalan Taiping bersama-sama berganding bahu bergotong royong membantu menbina rumah En Karim bin Abdul Kadir,42 tahun yang masih bujang dan bercadang untuk mendirikan rumahtangga pada bulan disember 2012 ini,beliau yang menjaga bapanya Abdul Kadir bin Hj Abbas  70 tahun,yang hanya mengesot akibat daripada penyakit kencing manis yang dihadapinya,ibunya Sabariah bt Hj Salleh 75 Tahun juga tinggal bersama beliau,
Kisah en Karim yang terpaksa keluar daripada rumah sekarang kerana tuan tanah telah mengarahkan beliau berpindah dan tapak itu hendak dijadikan homestay,rumah lama en karim yang telah didiami keluarganya semenjak  50 tahun lalu didirikan diatas tanah orang lain tanpa membuat apa-apa perjanjian diantara kedua-dua pihak.
Beliau juga pernah memohon bantuan rumah daripada pihak kerajaan,pegawai terlibat memberitahu ia memerlukan masa yang panjang untuk kelulusan permohonan,beliau amat memerlukan rumah atas kadar yang segera memendangkan keuzuran bapanya,dan menjaga ibunya juga.
Sumbangan amat diperlukan untuk menyiapkan bahagian lantai,plaster dan pintu rumah beliau ,kepada penderma-penderma yang budiman bolehlah menderma terus melalui khairat as-syabab,
Untuk makluman tanah sekarang didirikan atas tanah TOL.

 Ust.Shahrul Amin memberikan sedikit sumbang makanan dan wang pembinanan rumah kepada En Karim


Kerja -kerja gotong royong oleh penduduk setempat.

Rumah lama En Karim

Ust.Akmal sedang melawat rumah En Karim yang didalam pembinaan 

Ust.Akmal melawat bapa En Karim