Pilu
dan sedih apabila melihat keluarga ini, jalan untuk sampai ke rumah ini
jauh kedalam. kami menulusuri jalan kampung dan akhirnya memasuki
kawasan ladang kelapa sawit. nun jauh disudut ladang tersebut
bersebelahan dengan laluan keretapi (tanah rizab) tinggallah 10 orang
anak beranak ini.
En.
Othman Hussin sudah tidak bekerja, dahulunya bekerja sebagai pengawal
keselamatan. namun atas faktor kesihatan beliau terpaksa berhenti
kerja. keluarga ini agak bernasib baik kerana ada lagi dua orang ahli
keluarganya yang masih berkerja sebagai penjaga kebun limau berhampiran.
Keadaan
sekitar rumah mereka amat menyedihkan, seumpama bermain pondok-pondok
dizaman kecil. tetapi itulah realitinya kehidupan keluarga ini, hiba
hati mengenangkan masih ada lagi kehidupan susah seperti ini
.
Rumah
ini tidak mempunyai bekalan air, oleh itu mereka terpaksa bergantung
harap kepada air hujan dengan menadah besen di luar pondok, apabila air
tersebut penuh. air itu dimasukkan pula kedalam tong-tong yang sedia
ada. "macamana kalau nak mandi, basuh baju dan buang air
Sayu
sungguh melihat keluarga ini, menurut En Othman. selama 38 tahun beliau
duduk disini, beliau tidak pernah menerima sebarang bantuan atau
sumbangan dari mana-mana pihak
Melihat
4 orang cucunya, terdetik bagaimanakah masa depan mereka. cucu
sulungnya iaitu Rohayati, 13 tahun sudah tidak bersekolah kerana
masalah kewangan. adiknya pula iaitu Durani 10 tahun seorang pelajar
yang cerdik. mendapat tempat ke 5 dalam peperiksaan. sayu hati apabila
mendengar beliau membaca Surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. pelajar
yang bijak seperti ini terabai kerana masalah kewangan. Durani juga
difahamkan mengajar kakaknya tulisan dan ejaan Jawi.
No comments:
Post a Comment