Tuesday, 31 July 2012

Alahamdulillah semalam sempat ziarah ketua keluarga miskin arwah Aziz b. Yusuf 57 thn yg meninggal pg ni akibat menderita barah usus di kg jambu,selama perak.

Selama ini beliau bekerja keras menyara keluarga.
Kini tanggungjawab berat terpaksa dipikul oleh isteri almarhum, salmah bt nan 48thn yg mempunyai 7 org anak, yg kecil sekali umur 1thn.

Sapa yg terpanggil nak beri sumbangan blh lah menghubungi anak sulung almarhum, rizal 0195189553 atau melalui akaun agro bank mohd rizal bin aziz 2005231000126205
Atau melalui akaun maybank khairat as-syabab 558211313335 dan maklum pd wakil kami sharul amin 0195256727

"Sayangi lah mrk, kasihi lah mrk"

Sunday, 29 July 2012

Jom membantu

SEDIH sungguh lihat keadaan warga emas nih.....
Alhamdulillah hari ni dpt ziarah dan bg sumbangan kerusi roda....
Ibu ini dijaga oleh seorang anak lelaki....
Sblm ini ke mana saja ia mahu pergi akn didukung oleh ank lelaki beliau yg sgt tabah....
Terutama bila ibu ini mahu buang air besar ....pasti akn diusung ke semak samun belakang rumah beliau krn rumah usang ala 40an ni masih blm bertandas......

Kami sdg berusaha mencari dana utk membina tandas rumah usang ini......

Thursday, 26 July 2012

En Othman Hussin

Pilu dan sedih apabila melihat keluarga ini, jalan untuk sampai ke rumah ini jauh kedalam. kami menulusuri jalan kampung dan akhirnya memasuki kawasan ladang kelapa sawit. nun jauh disudut ladang tersebut bersebelahan dengan laluan keretapi (tanah rizab) tinggallah 10 orang anak beranak ini.
 
 
En. Othman Hussin sudah tidak bekerja, dahulunya bekerja sebagai pengawal keselamatan. namun atas faktor kesihatan beliau terpaksa berhenti kerja. keluarga ini agak bernasib baik kerana ada lagi dua orang ahli keluarganya yang masih berkerja sebagai penjaga kebun limau berhampiran.

Keadaan sekitar rumah mereka amat menyedihkan, seumpama bermain pondok-pondok dizaman kecil. tetapi itulah realitinya kehidupan keluarga ini, hiba hati mengenangkan masih ada lagi kehidupan susah seperti ini
.
 
Rumah ini tidak mempunyai bekalan air, oleh itu mereka terpaksa bergantung harap kepada air hujan dengan menadah besen di luar pondok, apabila air tersebut penuh. air itu dimasukkan pula kedalam tong-tong yang sedia ada. "macamana kalau nak mandi, basuh baju dan buang air
 
 
Sayu sungguh melihat keluarga ini, menurut En Othman. selama 38 tahun beliau duduk disini, beliau tidak pernah menerima sebarang bantuan atau sumbangan dari mana-mana pihak 
 
 
Melihat 4 orang cucunya, terdetik bagaimanakah masa depan mereka. cucu sulungnya iaitu Rohayati, 13 tahun sudah tidak bersekolah kerana masalah kewangan. adiknya pula iaitu Durani 10 tahun seorang pelajar yang cerdik. mendapat tempat ke 5 dalam peperiksaan. sayu hati apabila mendengar beliau membaca Surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas. pelajar yang bijak seperti ini terabai kerana masalah kewangan. Durani juga difahamkan mengajar kakaknya tulisan dan ejaan Jawi.
 
Bekalan elektrik juga tidak ada di rumah ini, untuk memasak pula mereka terpaksa memasak di luar rumah. Sekiranya hujan barulah dapur gas digunakan untuk memasak. selain itu kawasan rumah tersebut selalu dilanda banjir.

Kehidupan En. Othman Hussin