Saturday, 13 October 2012



 Assalamualaikum dermawan yang dikasihi,

SUMBANG TERUS KE AKAUN IBU ADIK NURUL JANNAHDI ATAS PENDERITAANNNYA
 
Seorang adik kita iaitu ADIK NURUL JANNAH, yang baru berusia 6 Tahun & berasal dari Kampar dikesan mengidap KANSER SARAF TAHAP 4. Untuk itu, UKK Nisa Perak melancarkan kutipan derma bagi membantu meringankan perbelanjaan kos perub
atan adik ini.
 
Bagi yang ingin menyumbang, anda bolehlah menyerahkan wang tersebut melalui Akaun Maybank pada no akaun seperti yang tertera. Dengan harapan anda dapat meyebarkan maklumat ini kepada kawan-kawana anda. Keperihatinan anda amat kami hargai. Terima Kasih
.......................................

Coretan dari ayah adik Nurul Jannah
 
"awal bln 9 baru ni anak ana demam.....
setiap mlm dia menangis, ambil ubat pun x jd apa....bawa pi hospital baru dpt kesan dia kena penyakit neuroblastoma atau kanser saraf tahap 4...."
Cerita ust Anuar Murad,Ketua Pemuda Pas Kampar pd saya ttg penderitaan anak beliau...

"Skg ni dia terlalu lemah, x dpt berjalan...

Dah sebulan ana ulang alik bawa dia ke hospital KL, hospital Alor Star dan hospital Ipoh...."
Katanya lg ttg adik Nurul Jannah (6thn) anak ke 3 dr 4 adik beradik..

Kesian......
Sama2 lah kita bantu mengurangkn bebanan beliau....
sama2 lah kita doa agar adik Nurul Jannah segera sembuh...

Kpd yg ingin menyumbang boleh bank in ke akaun maybank 558211313335 atas nama Khairat Assyabab dan maklum sumbangan anda pd ust Firdaus 0196004963.....
atau boleh terus ke rumah ust Anuar 0194293287 di Maahad Tahfiz Wal Qiraat Addin Tualang Sekah, Malim Nawar, Kampar....

Jazakumullah.....

Sunday, 30 September 2012

Penderitaan seorang kanak-kanak OKU Nornazatul Ain dan ketabahan Ayahnya En Alias bin Zainal 46 tahun bekerja mengambil upah menoreh getah pokok orang,serta ketekunan ibunya Salasiah Sani 41 tahun seorang suri rumah menjaga serta membesarkan adik Nornazatul Ain walau seribu rintangan,seribu ujian dan dugaan daripada Allah S.W.T,mendapat perhatian daripada khairat As-Syabab,pada 30hb sep 2012 rombongan khairat As-Syabab melawat keluarga En Alias sambil memberi sumbangan kerusi roda,barang keperluan dapur serta sedikit wang saku untuk perbelanjaan harian.
Adik Norzatul Ain berumur 13 tahun,telah menghidap demam panas ketika berumur setahun setengah,akibat daripada itu keadaan berubah daripada seorang kanak-kanak normal kepada keadaan sekarang,
En Alias juga memdapat bantuan wang daripada kebajikan masyarakat sebanyak Rm 300 sebulan,dengan wang itu dan upah menoreh getah beliau menyara kehidupan keluarga beliau termasuk 2 lagi anaknya Norsahida 10 tahun dan mohd sharil 4 tahun.










Kg Sungai Jambu Selama Perak,
Khairat As-syabab dengan penduduk-penduduk Taman Nesa Sungai Terap,Kg Sg Terap,
Bt 30 Jalan Taiping bersama-sama berganding bahu bergotong royong membantu menbina rumah En Karim bin Abdul Kadir,42 tahun yang masih bujang dan bercadang untuk mendirikan rumahtangga pada bulan disember 2012 ini,beliau yang menjaga bapanya Abdul Kadir bin Hj Abbas  70 tahun,yang hanya mengesot akibat daripada penyakit kencing manis yang dihadapinya,ibunya Sabariah bt Hj Salleh 75 Tahun juga tinggal bersama beliau,
Kisah en Karim yang terpaksa keluar daripada rumah sekarang kerana tuan tanah telah mengarahkan beliau berpindah dan tapak itu hendak dijadikan homestay,rumah lama en karim yang telah didiami keluarganya semenjak  50 tahun lalu didirikan diatas tanah orang lain tanpa membuat apa-apa perjanjian diantara kedua-dua pihak.
Beliau juga pernah memohon bantuan rumah daripada pihak kerajaan,pegawai terlibat memberitahu ia memerlukan masa yang panjang untuk kelulusan permohonan,beliau amat memerlukan rumah atas kadar yang segera memendangkan keuzuran bapanya,dan menjaga ibunya juga.
Sumbangan amat diperlukan untuk menyiapkan bahagian lantai,plaster dan pintu rumah beliau ,kepada penderma-penderma yang budiman bolehlah menderma terus melalui khairat as-syabab,
Untuk makluman tanah sekarang didirikan atas tanah TOL.

 Ust.Shahrul Amin memberikan sedikit sumbang makanan dan wang pembinanan rumah kepada En Karim


Kerja -kerja gotong royong oleh penduduk setempat.

Rumah lama En Karim

Ust.Akmal sedang melawat rumah En Karim yang didalam pembinaan 

Ust.Akmal melawat bapa En Karim

Thursday, 30 August 2012


Kampung Teluk Mas Sg Siputeh.
Seorang Datuk Dahari bin Che Long 85 tahun (sakit tua),tekad bersama 5 orang cucu,2 daripadanya OKU Mohd  Shafie bin Mohd Shukri 18 tahun,Noraini binti Mohd Shukri 17 tahun (OKU),Norfishah bin mohd Shukri 20 tahun menuntut di IPTA bahagian farmasi dan 2 lagi yang masih sekolah,ibu kepada lima anak ini juga tinggal bersama Dahari,Siti Maris Safari 43 Tahun,beliau yang mengalami masaalah emosi berpunca daripada penceraian 15 tahun lalu,kehidupan keluarga ini hanya bergantung daripada belas ehsan keluarga.


ust akmal dan ust shahir bersama keluarga dahari che long

Jemaaah As-Syabab memberi sedikit bantuan kepada keluarga ini,
Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah disalurkan kepada Akuan Norfishah  
Bank Islam 12065020275187.





Dalam Umat Islam masih hangat merasai suasana hari raya,keluarga Pn Fatimah binti Awang Mat 65 tahun,redho dengan musibah yang melanda beliau dan abangnya  yang tinggal bersama Abdullah bin Awang  Mat 70 tahun ( Mengalami masaalah pendengaran ).Rumah yang beliau berteduh selama ini sama sekali hangus terbakar kejadian berlaku pada 23/8/12 jam 4.30 petang di kampung Teluk Mas Ulu Selama,kedua-dua mangsa tinggal sehelai sepinggang kecuali kad pengenalan diri sahaja.Ust Akmal dan Ust Shahir serta jemaah As-Syabab melawat mangsa dan memberi sedikit bantuan kewangan dan barangan dapur untuk meringankan sedikit masalah beliau.

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan apa sahaja jenis bantuan bolehlah terus berjumpa Pn Fatimah atau disalurkan melalui Khairat As-Syabab.









Semperna menyambut syawal badan amal khairat As-Syabab menumbangkan seekor kerbau untuk diagih-agihkan kepada fakir miskin di kampung Ulu Krong Rantau Panjang Selama Perak,dimana terdapat ramai fakir miskin di kampung ini.
Berkat semangat gotong royong semua jemaah agihan daging kerbau berjaya diagihkan kepada 250 orang fakir miskin dengan kadar 1 kilo untuk seorang,
Alhamdulillah dapatlah sama-sama penerima-penerima daging menikmati sedikit kenikmatan daripadanya.
Semoga Allah dapat membantu Khairat As-Syabab membela nasib-nasib fakir-fakir miskin.AMIN.






Sunday, 26 August 2012

Puan Maznah Nasir

Maznah Nasir 46thn dr kg teluk mas, selama perak walaupun hidup miskin bersama suami yg hanya bekerja kampung,
Tp tetap tabah dan bersyukur, berhari raya sekadar apa yang ada.

Dgn kekangan kewangan,kesempitan hidup
Dan kerap kali dikunjungi air mata yg tak jemu2 menemani ibu ini......
Ibu ini mampu memelihara 6org anak termasuk seorg oku...

"Bantu lah mereka sayangi lah mereka"