Penderitaan seorang kanak-kanak OKU Nornazatul Ain dan ketabahan Ayahnya En Alias bin Zainal 46 tahun bekerja mengambil upah menoreh getah pokok orang,serta ketekunan ibunya Salasiah Sani 41 tahun seorang suri rumah menjaga serta membesarkan adik Nornazatul Ain walau seribu rintangan,seribu ujian dan dugaan daripada Allah S.W.T,mendapat perhatian daripada khairat As-Syabab,pada 30hb sep 2012 rombongan khairat As-Syabab melawat keluarga En Alias sambil memberi sumbangan kerusi roda,barang keperluan dapur serta sedikit wang saku untuk perbelanjaan harian.
Adik Norzatul Ain berumur 13 tahun,telah menghidap demam panas ketika berumur setahun setengah,akibat daripada itu keadaan berubah daripada seorang kanak-kanak normal kepada keadaan sekarang,
En Alias juga memdapat bantuan wang daripada kebajikan masyarakat sebanyak Rm 300 sebulan,dengan wang itu dan upah menoreh getah beliau menyara kehidupan keluarga beliau termasuk 2 lagi anaknya Norsahida 10 tahun dan mohd sharil 4 tahun.
Sunday, 30 September 2012
Kg Sungai Jambu Selama Perak,
Khairat As-syabab dengan penduduk-penduduk Taman Nesa Sungai Terap,Kg Sg Terap,Bt 30 Jalan Taiping bersama-sama berganding bahu bergotong royong membantu menbina rumah En Karim bin Abdul Kadir,42 tahun yang masih bujang dan bercadang untuk mendirikan rumahtangga pada bulan disember 2012 ini,beliau yang menjaga bapanya Abdul Kadir bin Hj Abbas 70 tahun,yang hanya mengesot akibat daripada penyakit kencing manis yang dihadapinya,ibunya Sabariah bt Hj Salleh 75 Tahun juga tinggal bersama beliau,
Kisah en Karim yang terpaksa keluar daripada rumah sekarang kerana tuan tanah telah mengarahkan beliau berpindah dan tapak itu hendak dijadikan homestay,rumah lama en karim yang telah didiami keluarganya semenjak 50 tahun lalu didirikan diatas tanah orang lain tanpa membuat apa-apa perjanjian diantara kedua-dua pihak.
Beliau juga pernah memohon bantuan rumah daripada pihak kerajaan,pegawai terlibat memberitahu ia memerlukan masa yang panjang untuk kelulusan permohonan,beliau amat memerlukan rumah atas kadar yang segera memendangkan keuzuran bapanya,dan menjaga ibunya juga.
Sumbangan amat diperlukan untuk menyiapkan bahagian lantai,plaster dan pintu rumah beliau ,kepada penderma-penderma yang budiman bolehlah menderma terus melalui khairat as-syabab,
Untuk makluman tanah sekarang didirikan atas tanah TOL.
Ust.Shahrul Amin memberikan sedikit sumbang makanan dan wang pembinanan rumah kepada En Karim
Kerja -kerja gotong royong oleh penduduk setempat.
Rumah lama En Karim
Ust.Akmal sedang melawat rumah En Karim yang didalam pembinaan
Ust.Akmal melawat bapa En Karim
Thursday, 30 August 2012
Kampung Teluk Mas Sg Siputeh.
Seorang Datuk Dahari bin Che Long 85 tahun (sakit tua),tekad bersama 5 orang cucu,2 daripadanya OKU Mohd Shafie bin Mohd Shukri 18 tahun,Noraini binti Mohd Shukri 17 tahun (OKU),Norfishah bin mohd Shukri 20 tahun menuntut di IPTA bahagian farmasi dan 2 lagi yang masih sekolah,ibu kepada lima anak ini juga tinggal bersama Dahari,Siti Maris Safari 43 Tahun,beliau yang mengalami masaalah emosi berpunca daripada penceraian 15 tahun lalu,kehidupan keluarga ini hanya bergantung daripada belas ehsan keluarga.
ust akmal dan ust shahir bersama keluarga dahari che long
Jemaaah As-Syabab memberi sedikit bantuan kepada keluarga ini,
Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah disalurkan kepada Akuan Norfishah
Bank Islam 12065020275187.
Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan apa sahaja jenis bantuan bolehlah terus berjumpa Pn Fatimah atau disalurkan melalui Khairat As-Syabab.
Semperna menyambut syawal badan amal khairat As-Syabab menumbangkan seekor kerbau untuk diagih-agihkan kepada fakir miskin di kampung Ulu Krong Rantau Panjang Selama Perak,dimana terdapat ramai fakir miskin di kampung ini.
Berkat semangat gotong royong semua jemaah agihan daging kerbau berjaya diagihkan kepada 250 orang fakir miskin dengan kadar 1 kilo untuk seorang,
Alhamdulillah dapatlah sama-sama penerima-penerima daging menikmati sedikit kenikmatan daripadanya.
Semoga Allah dapat membantu Khairat As-Syabab membela nasib-nasib fakir-fakir miskin.AMIN.
Sunday, 26 August 2012
Puan Maznah Nasir
Maznah Nasir 46thn dr kg teluk mas, selama perak walaupun hidup miskin bersama suami yg hanya bekerja kampung,
Tp tetap tabah dan bersyukur, berhari raya sekadar apa yang ada.
Dgn kekangan kewangan,kesempitan hidup
Dan kerap kali dikunjungi air mata yg tak jemu2 menemani ibu ini......
Ibu ini mampu memelihara 6org anak termasuk seorg oku...
"Bantu lah mereka sayangi lah mereka"
Dgn kekangan kewangan,kesempitan hidup
Dan kerap kali dikunjungi air mata yg tak jemu2 menemani ibu ini......
Ibu ini mampu memelihara 6org anak termasuk seorg oku...
"Bantu lah mereka sayangi lah mereka"
Thursday, 16 August 2012
Pada 15hb ogs 2012
Sumbangan Aidilfitri di kawasan Bukit Bertam Ulu Selama,Selama Perak,
Seramai 100 fakir miskin dan 17 anak yatim menerima sumbangan pada majlis ini.
barang-barang sumbangan
ibu-ibu serta anak-anak yatim yang akan mnerima sumbangan
Dr. sedang memberi bantuan kepada fakir miskin
Ustaz Akmal memberi sumbangan kepada fakir miskin
Ustaz Akmal bertanya khabar serta memberi sumbangan kepada
saudara kita yang kelainan upaya
Ustaz Akmal memberi sedikit tazkirah
Ustaz Akmal memberi sumbangan kepada anak-anak yatim
Jutaan terima kasih kepada semua penderma-penderma,petugas-petugas yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan program ini,semoga segala amal kebajikan yang iklas kita lakukan kerana
Allah S.W.T,Insyaallah ganjarannya akan kita perolehi kelak di hari akhirat.amin
Subscribe to:
Posts (Atom)










